Tuesday, April 26, 2011

MOS Melantik Dropship Agent...wajarkah?

Mungkin ramai yg tahu daku kini tidak sesihat masa mula2 berblogging dulu. RA menyerang selepas daku melahirkan My Lil Qis..yg kini da hampir 2thn 3bln. Selepas Qis lahir gak, ku diperkenalkan oleh kakyong kemudian mula mengenali sedikit demi sedikit rakan2 blog kakyong yang akhirnya jadi kawan2 ku..mula berblogwalking dan exchange link bg menambahkan kenalan alam maya. 

Bagaimana daku mula berbiz online? Secara kebetulan ada rakan ingin memasarkan produk Ikan Pekasam Perlis, maka daku pun cuba war2kan di blog. Tak sangka lak mendapat sambutan. Then daku mengenali Dr. Mahani yg mencadangkan daku agar mewar2kan penemuan antivirus yg dirumus secara bioteknologinya yg mampu melancarkan masalah pernafasan. Maka daku pun membina blogshop ku dan dinamakan Miela77 Online Shoppe. 

Semasa My Lil Qis berusia 4bln, daku mula mengenali Cloth Diaper..bermula dari peraduan yg dianjurkan oleh rakan2 blogger, daku terpanggil tuk mencubanya. Daku grab 3pcs Shines, 2pcs Coolababy Button, 2pcs Microfiber Insert, 2pcs Insert with Button dgn harga (ku da lupa..RM200 lebih la..) dari Mamapayish. Ternyata serasi dgn My Lil Qis..dari 5pcs kini bertambah menjadi 48pcs..(My Lil Qis pun da mula x mo bercd'ing waktu siang..nk g pee pee or poo poo kat tandas)..

Dan akhirnya daku menceburi perniagaan Cloth Diaper atau lebih dikenali dengan nama Lampin Kain Moden. Permulaan daku dapat order 50pcs Coolababy Snap Button. bermula  Oktober 2009. Waktu tu harga 50pcs pun hampir RM23/pc..tp kini menjunam belasan ringgit je..Then daku mula berjinak2 dengan jualan borong..alhamdulillah rezekiku murah..ramai yg sudi berurusan jual beli dgn ku..dan pada masa yg sama RA mula menyerang dgn lbh ganas lagi..pantang kerja lebih skit..mula la bengkak2 muka, tangan n kaki..ku terus tegar berniaga disamping kerja hakiki di opis.

Pada bln Jun 2010, daku cuba2 buka Ksiok di Giant Tambun. Buat masa itu, adikku yg handle urusan di sana. Ku handle online je. Namun tika ni la sakitku menjadi2. Tahun 2010 saja cuti tahunku habis, MC kerajaan sahaja mencapaki 35hari..mmg dugaan besar dlm hidupku. Daku mula kurang upaya tuk handle pesanan yg banyak..daku terpaksa minta bantuan adik2..mula la kes silap hantar la, terkurang, terlebih dan sebagainya berlaku. Dan akhirnya ksiok ku juga ditutup atas pelbagai sebab.

Sampai kini daku mula kurang upaya nak handle pesanan yg banyak seperti dulu. Keupayaanku terbatas. Dulu klu hari ni bayaran diterima, malam nanti daku siap2 pack n pos esoknya. Namun kini, daku terpaksa adjus 1-2hari, bergantung pada kesihatan dan stok. Dan akhirnya, atas nasihat sahabat, ku berjinak2 dgn konsep dropshipping. At least daku x payah handle promosi. Biar ejen2 dropship ni je yg jalankan promosi. Daku hanya handle pesanan dari mereka dan seterusnya penghantaran. Mungkin dgn cara ni daku boleh kurangkan tekanan kerana terpaksa bekerja, berbiznes dan keluarga.

Dan kini ku sudah ada hampir 40 orang ejen yg bergerak mengikut kemampuan masing2. Daku x tetapkan syarat pembelian. X kisah dlm sebulan tu bape pcs pun blh. Yg penting x perlu modal. Ku berdoa agar konsep ini dapat meringankan bebanku. Insyaallah...

Friday, April 15, 2011

Terapi BIOS 9000 diharap dapat membantuku menangani masalah Rheaumatoid Arthristis..

Da 2 hari daku menjalani terapi di Alpha One Jln Silibin. Terapi medan elektrik yg diharap dapat membantu memulihkan masalah Rheaumatoid Arthristis yg ku hidapi dan moga hormon SLE yg baru berputik terkulai layu sebelum berkembang. Akhir2 ni menjadi2 lak RA menyerang. Sampai kerja, life, biz semua terganggu..rasa give up pun ada..tambah2 g Pakar Demotologi 3hr lps then Doktor Esther msh gagal mengesan result biopsi tu...mcm ada clash sana sini..dgrnya akan fight dgn Doktor yg mengeluarkan laporan agar membuat analisis sekali lagi..huhuhu..

Ramai pelanggan2 ku x tau pun yg daku x sihat..daku lak jenis selagi terdaya selagi tu daku akan cuba memuaskan hati pelanggan..namun akhir2 ni nampak biz ku agak kurang sbb ada masanya daku nak online pun x de larat..mood ke laut mana tah..sdgkan biz on9 ni menuntut perhatian 100% sbb melibatkan alam maya..polisi ku pun ke laut gak..mujur cust2 ku faham..takat sehari dua lewat tu acceptable gak la..tp daku da terbiasa daily proses pasti kurang senang dgn situasi ni..

Hari ni emosi agak terganggu..da la badan rasa x larat sangat gara2 kesan terapi tu..(dgr cite ada yg 2 minggu bertambah sakit..sementara nak pulih..)..makkk..tak sanggup daku..dari smlm rs urat sarafku sakit sangat..badan rasa nak demam, duk muntah2 je..pala weng2..keje x de mood..kat opis fb terbuka..tp daku x layan sgt..ym x buka langsung..x mo pening2 pala nak bersoal jawap..sekadar browsing2 kosong je la..keje? x wat langsung hr ni..betul2 ku melayan lara..seb baik depa x kaco daku dlm bilik ni..klu x payah gak..(tp ptg krg ada satu report nak kena jana..alamak..)...

Hari ni gak ku dpt 2 komplen..cd yg depa dpt x ckp ..alamak..padahal daku da adjus betul2..tp ms packing tu tanganku bengkak n menggigil..so daku suh Angah tolong..+ My Lil Qis n Isya kena kaco Ibunya packing je..rasa2 mcm da termasuk kat parcel cust lain je..tp sapa..aduhai..gini la gaya..org nak biz kita pun nak biz..org buat betul2 daku cam cipan..

Rasa cam nak stop je..skrg ni pun some item daku wat dropshipping je..sbb x larat nak handle..harap2 dgn terapi yg daku jalani ni amat2 membantu...insyaallah..
Sapa2 nak tau tentang BIOS 9000 ni meh tengok info dibwh or terjah je http://www.alphaone.com.my/bios9000.php 
Sinar Harapan untuk Kehidupan Dan Kesihatan yang Lebih Baik. Unit Terapi Medan Elektrik yang Dipercayai di Seluruh Dunia



Alat Terapi Medan Elektrik BIOS 9000 meransang proses pemulihan tubuh badan menerusi aplikasi arus elektrik 9000v (maksimum). la direka bentuk dan dikilangkan 100% di Jepun oleh ITO Co. Ltd.




Alat ini mengadaptasi prinsip pemulihan semulajadi tubuh dengan menggunakan arus elektrik dari luar tubuh untuk menggalakkan revitalasi sel-sel tubuh serta meningkatkan daya ketahanan terhadap penyakit. Ia juga berupaya untuk mengurangkan tahap keasidan dalam darah dan mengembalikannya ke tahap Ph normal agar tubuh kekal sihat.




BIOS 9000 terbukti mampu membantu pesakit menangani pelbagai kesan akibat penyakit seperti Diabetis, Insomnia, Gout, Angin Ahmar, Rheumatism, Artiritis, Lemah Jantung, masalah buah pinggang, Resdung, Kolestrol Tinggi, Lemah Tenaga batin, gangguan kitaran haid, Asma dan masalah hati tanpa perlu untuk mengambil sebarang ubat-ubatan.




Sehingga kini, lebih 5000 unit BIOS 9000 telah terjual di seluruh Malaysia. Sebagai kaedah rawatan perubatan alternatif, ia selamat dan mudah digunakan. Direka bentuk secara eksklusif agar boleh dimuatkan dalam ruang yang paling minima, BIOS 9000 mudah dibawa ke mana-mana dan kualitinya dijamin 100%.




Ciri-Ciri Istimewa BIOS 9000





Terapi Boleh Dijalankan Dalam Pelbagai Postur Mengikut Keselesaan


Penggunaan pelapik khas berelektrod mudah alih membolehkan anda menjalani terapi sama ada dalam keadaan duduk atau berbaring, mengikut keselesaan anda.




Mudah Digunakan
BIOS 9000 amat mudah dikendalikan, hanya tekan butang untuk melaras mengikut keperluan terapi yang diinginkan.




3 Pilihan Tahap Output


3000v, 6000v atau 9000v.




Penentu Masa Boleh Dilaras




Jangka waktu terapi boleh dilaras mengikut keperluan dari 30 minit, 1 jam, 2 jam, 4 jam dan 8 jam. Baki masa akan dipaparkan dalam minit.




Tiga Program Rawatan
Rawatan yang menggunakan tahap aliran arus elektrik yang sama akan menjadikan badan lali dan menjejaskan keberkesanan rawatan. Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, tiga program stimulasi rawatan disediakan bagi mengekalkan konsistensi faedah yang diperolehi.




Rawatan Yang Fleksibel
Alat ini tidak hanya merawat keseluruhan anggota badan dengan penggunaan pelapik khas berelektrod. Malahan, ia juga boleh digunakan pada bahagian tertentu sahaja melalui aplikasi point electrode.

Pengiktirafan



ISO 9001: 2000




Quality System for Development, Production and Distribution of Physio-Therapy & Rehabilitation Equipment




ISO 13485


Medical Device


Quality Management Systems Physio-Therapy & Rehabilitation Equipment




ISO 14001


Environmental Management Systems




SIRIM


Satu unit alat Terapi Medan Elektrik Bervoltan Tinggi, Jenama ITO, Model: BIOS 9000 telah diuji bagi memastikan tahap keselamatan adalah selaras dengan piawaian MS lEC 60601-1:1988+A 1:1991 +A2:1995 oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd.Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laporan Ujian No. 2005EL0871 bertarikh 17 Februari 2006




Japan Medical Instrument Approval


No: 21700BZZ0005l




Keris Award 2008


The Asia Pacific International Honesty Enterprise




Bagaimana ia berfungsi?

Pengguna boleh duduk atau pun baring di atas pelapik khas berelektrod yang disediakan. Sejurus digunakan, BIOS 9000 akan bertindak merangsang peredaran aliran darah ke seluruh tubuh. Alat ini mengguna pakai aplikasi voltan arus elektrik untuk meransang fungsi pencernaan, menyahtoksik dan membaik pulih sel-sel serta menguatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. Ia juga membantu meneutralkan kandungan asid dalam darah ke tahap Ph yang normal agar pesakit kembali sihat. Setiap sesi hanya mengambil masa kira-kira 20 minit dan boleh ditambah mengikut keperluan.




BIOS 9000 mempunyai lima fungsi utama iaitu untuk:
  • Mengalirkan arus elektrik untuk merangsang peredaran darah
  • Membersihkan kotoran dalam saluran darah
  • Menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal
  • Meningkatkan daya ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan
  • Membantu membina sel-sel baru

Monday, April 11, 2011

Mempersembahkan..Anak sedara baruku....



 Tomey tak? 
Lahir 7.4.2011, di Hospital Selayang. Berat - 3.28kg..
Baby boy tau..(jgn terpedaya dgn baju pinky tuh..hehehe)
Tahniah pada Paklang EE dan Maklang Imah, serta Haris dan Aidil.

Thursday, April 7, 2011

Ku dapat anak sedara baru..boy lagi..hehehe

Alhamdulillah petang smlm daku dpt sms dari Paklang EE mention Maklang Imah da selamat melahirkan baby boy melalui pembedahan C-Zer..Syukur..then mertuaku call ajak ke KL tapi daku x brani nak janji coz hari ni pun MC sbb x sht. Cik Abg sejak bertukar keje baru ni..tiap2 hari keje blk kul 8mlm..ahad pun keje..kalau suh daku driving jauh2 tu x mampu..tp klu cik abg nak bw ok je...Teringat perbualan ku ngan mertua.."masuk ni 9 org da cucu lelaki mak (kakyong 1, Ani 4, EE 3, Daku 1), tp cucu perempuan baru 4 org (Kakyong 2, Daku 2)"..hehehe..x pe mak..nnt Naila kawin harap2 baby girl eh..(ops naila..jgn mare)...

Tak tau nape blk keje smlm tangan, kakiku sakit sangat..rasa cam nak nangis..x tau nak describe..blk keje, mandi2, solat trus makan ubat, baring..lega skit..malangnya tengahmalam sakit balik rasa panas pijar kat kulit, ngilu, nyeri kat sendi..tambahan sejuk hujan..nampak sangat daku x tahan sejuk..mesti RA ku menyerang..huhuhu...

Daku x g klinik pun hr nie..x larat..ingat nak EL je la..nak bodek2 cik abg bwkn tengahari ni..lupa lak hr ni hari jumaat..nak g klinik kerajaan..x sanggup nak tunggu berzaman2..dlm keadaan daku cam ni..krg bertambah2 sakitku..seb baik kat opis x byk keje..kadang2 daku x leh bajet..tgh elok2 sihat tiba2 RA menyerang..sbb tu daku kurangkan aktiviti di luar..berjalan2, bershopping bukan lagi aktiviti rutinku..dulu asal hari jumaat tengahari je..mula la mengatur langkah ke Greentown Mall lah, Ipoh Parade lah...kdang2 sanggup meredah jem g ke Jusco semata2 nak cuci mata. Tapi kini, kalau daku keje..lepak kat opis je..huhuhu..

Teringat isu dua tiga hari ni kawan2 tegur muka daku better than before..malah siap touch up blusher, eyeshadow g..klu x daku takat tepek bedak n lipstick je..jalan pun laju skit..tiba2 da sakit balik..teringin nak atleast dlm sebulan x de sakit n mc..ubat ku telan tiap2 hari tp bila nak sakit tu..x kira masa..selalunya tgh malam santak ke pagi..nak tidur pun x selesa..bangun pagi rasa kaku seluruh badan..skali skala terdetik di fikiran bila tiba2 kaki rasa lemah..jgnla sampai lumpuh lak..takut sangat..ye la daku dulu aktif..tiba2 jadi mcm ni..rasa mcm lost sangat..then ditambah lak dgn isu SLE tu..entahla..12.4 ni jumpa doc pakar dematologi..nak set tarikh biopsi baru..result hr tu x tepat..depa nak cari punca b4 appointment daku ngan pakar rheaumatiod bln 6 ni..alahai..jadi bahan ujikaji lak daku rasanya..nak wat cam ne..asalkan daku sihat balik seperti dulu..daku pasrah...cian kat anak2 ku terutama My Lil Qis..mlm semalam merengek minta dukung..mlgnya tanganku sakit x dpt nak dukung..da merajuk..biz pun terganggu..kejap ok..bila tangan da sakit..terpaksa minta tolong adik ..nak process order pun x de mood cam dulu..online lagi la..ni pun ku paksa diri online sbb nak process order clearance. Tengokla..br online sejam lbh jariku da bengkak balik..sbb tu daku kurang update blog ni..x mcm dulu..tingin nak mewarnai blog ni dgn cite2 perkembangan anak2..diri, family...blogshop ku pun update lebih kurang je..seb baik ada facebook..dptla kembangkan skt biz daku..tu pun nampak je on9 kat opis..padahal..daku buka..update skit2..then minimize..kdg2 cust ty..berjam2 lps tu br reply..silap2 dua tiga hari br reply..sorila pada cust2 MOS..owner dia x secergas dulu..tp semangat nak berbiz ttp ada memandangkan kewangan pulih skit sjk berbiz ni..

Eh..rasanya entry ni bermula mood gembira..tiba2 buka cite sakit..pasti kengkawan blog boring..miela ni x cite lain asyik2 sakit..sori la ye..kat sini je medium tuk daku luahkan perasaan..kadang2 lepas luahkan kat sini lega skit..daku x mengharapkan simpati..skdr nak luahkan apa yg terbuku difikiran je..sesungguhnya keadaan sekarang benar2 menduga kesabaran dan ketabahan daku...ada masa daku terlalu tabah..tp kerap juga jiwaku bergelora..mendung hitam menyelubungi perasaan daku..maaflah ye semua..harap uols sudi lagi menjengok blog daku nie..

Tuesday, April 5, 2011

Bantulah Adik Ini...Moga sumbangan anda dapat meringankan bebanannya...

Alahai..ciannya..daku dapat dari email td..Terpanggil tuk membantu..insyaallah daku akan berikan sumbangan peribadiku..dan marilah kita sama2 membantu agar pembedahannya dapat dilakukan. 






Assalammualaikum Wr.Wb.  Saudara saudari ku sekalian, marilah kita

membantu adik ini dengan memberi sedikit sumbangan ikhlas kepadanya.
Dia kini menderita akibat masalah saluran jantung, memerlukan kos
pembedahan di IJN. Adik Adrianna Juliana Bt Mohd Jasni berumur
7 tahun merupakan anak yang kelima dari tujuh adik beradik, berasal
dari Kuala Langat, Selangor. Pekerjaan kampung yang tidak seberapa
oleh ayah dan ibu bagi menyara kehidupan keluarganya tidak mencukupi
utk menanggung kos pembedahan Adrianana iaitu sebanyak RM 20,000.00
Sumbangan anda boleh di salurkan ke a/c Maybank (164342225893) Semoga
dengan sedikit sebanyak derma anda itu akan memberi harapan yang besar
kepada adik Adrianan untuk meneruskan kehidupan seperti kanak- kanak
yang lain. Terima kasih



Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara dan sahabat kita yang lain.
Semoga usaha kita membantu adik ini mendapat limpah berkat & rezeki dari
Allah
swt....Wassalam